Thursday, April 25, 2013

Mencengkam Dalam Senyuman



"Saya kagum, ustaz berani menyatakan sokongan dan bangkangan!" kata seorang pengunjung halaman FB saya.

Betapa malangnya kita, menyatakan pendirian siapa calon dan parti pilihan kita pun, sudah dianggap suatu keberanian. Rupa-rupanya dalam senyum dan tawa, masyarakat kita sebenarnya dibelenggu sebuah ketakutan yang membingungkan. 

Kita perlu mengubah keadaan ini, agar menjelang PRU 14 akan datang, masyarakat boleh secara sihat menyatakan sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional tanpa rasa takut dan terancam.

Dan mustahil berlaku, jika PRU13, masih berpihak kepada kuasa otokratik yang mencengkam dalam senyuman.

Pakatan Rakyat, merakyatkan kepemimpinan negara!

p/s: jangan lupa mula membaca surah al-kahf mulai malam ini hingga terbenam mentari Jumaat


"Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali." [Q11:88]

Kita Masih di Era Ramai yang Mati Menggigit Lidi Sate!



Orang ramai lazimnya bertanya kepada Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam tentang kebaikan. Aku pula bertanyakan baginda tentang kejahatan kerana khuatir terjebak dengannya.
Lalu aku bertanya, “wahai Rasulullah, dahulunya kami berada dalam jahiliah dan kejahatan, kemudian Allah mendatangkan kebaikan ini (perutusan Islam oleh Muhammad), apakah selepas kebaikan ini ada lagi kejahatan?”
Baginda menjawab, “ADA”
Aku bertanya lagi, “apakah selepas kejahatan itu ada lagi kebaikan?”
Baginda menjawab, “ADA. Akan tetapi ia diselubungi asap”
Aku bertanya, “apakah asap itu?”


Hadih riwayat al-Bukhari, no. 3606.


  • Hasrizal Abdul Jamil Hadith ini sepatutnya dibaca perlahan, dan mesti ada air mata yang jatuh. Ia bukan hadith untuk menghentam orang, tetapi hadith pemujuk diri, bahawa usaha mencari kebenaran di akhir zaman ini amat perit. Perlu tenang, sabar, tidak mudah patah hati, terutamanya ketika dimaki orang-orang yang bodoh sombong, yang mendapat senjata berbicara di era tersebarnya pena media sosial di akhir zaman ini.

    Menangislah... kita hidup di era sebahagian penyeru, menyeru kita ke gigi Neraka!
  • Hasrizal Abdul Jamil Ahmad Shakir Salleh, tadi terdetik hati saya untuk menyiarkan hadith ini hanya di bahagian kebaikan yang diselaputi asap SAHAJA. Kerana saya mahu menekankan tentang peritnya kebaikan itu hendak dikenali di akhir zaman.

    Kejahilan dan kesombongan kita m
    enyebabkan bab kebaikan berselaput asap tu kita baca laju, dan terus mahu menggunakan hujung hadith itu untuk menjelaskan pendirian suci murni kita yang enggan berpihak kerana mendukung TAUHID, ISLAM SEBENAR dan lain-lain.

    Sedangkan situasi mati dalam keadaan menggigit akar pokok itu masih jauh. Terlalu jauh...

    Kita masih di era ramai yang mati menggigit lidi sate!



"Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali." [Q11:88]

Wednesday, April 24, 2013

Akhir Zaman, Bukan Hanya Politik Yang Kotor


"Aghh, politik kotor. Saya tidak mahu campur!"

Pendapat ini, hanya akan terbit daripada satu antara dua keadaan diri iaitu:

1. EGO. Menganggap semua yang ada di sekelilingnya tidak cukup bagus untuk beliau berpihak.

2. JAHIL. Tidak memahami peringatan Nabi sallallaahu alayhi wa sallam, bahawa hakikatnya, kebaikan di akhir zaman memang berselaput dengan ASAP, rumit untuk dicari, dan hanya boleh ditemui dengan jiwa yang jernih mencari kebenaran. Politik akhir zaman memang sangat kotor, dan ia bukan alasan untuk mengenepikannya.

SUCI DALAM DEBU

كان الناسُ يسألونَ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ عن الخيرِ ، وكنتُ أسألُهُ عن الشرِّ مخافةَ أن يُدركني ، فقلتُ : يا رسولَ اللهِ ، إنَّا كُنَّا في الجاهليةِ وشرٍّ ، فجاءنا اللهُ بهذا الخيرِ ، فهل بعد هذا الخيرِ من شرٍّ ؟ قال : ( نعم ) . قلتُ : وهل بعد ذلك الشرِّ من خيرٍ ؟ قال : نعم ، وفيه دَخَنٌ ) . قلتُ وما دَخَنُهُ ؟ قال : ( قومٌ يهدونَ بغيرِ هديي ، تعرفُ منهم وتُنكر ) . قلتُ : فهل بعد ذلك الخيرِ من شرٍّ ؟ قال : ( نعم ، دعاةٌ إلى أبوابِ جهنمَ ، من أجابهم إليها قذفوهُ فيها ) . قلتُ : يا رسولَ اللهِ ، صِفْهُمْ لنا ؟ فقال : ( هم من جلدتنا ، ويتكلَّمونَ بألسنتنا ) . قلتُ : فما تأمرني إن أدركني ذلك ؟ قال : تَلْزَمُ جماعةَ المسلمينَ وإمامهم ، قلتُ : فإن لم يكن لهم جماعةٌ ولا إمامٌ ؟ قال : ( فاعتزلْ تلك الفِرَقَ كلَّها ، ولو أن تَعَضَّ بأصلِ شجرةٍ ، حتى يُدرككَ الموتُ وأنت على ذلك )

Orang ramai lazimnya bertanya kepada Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam tentang kebaikan. Aku pula bertanyakan baginda tentang kejahatan kerana khuatir terjebak dengannya.

Lalu aku bertanya, “wahai Rasulullah, dahulunya kami berada dalam jahiliah dan kejahatan, kemudian Allah mendatangkan kebaikan ini (perutusan Islam oleh Muhammad), apakah selepas kebaikan ini ada lagi kejahatan?”

Baginda menjawab, “ADA”

Aku bertanya lagi, “apakah selepas kejahatan itu ada lagi kebaikan?”

Baginda menjawab, “ADA. Akan tetapi ia diselubungi asap”
Aku bertanya, “apakah asap itu?”

Baginda menjawab, “iaitulah kaum yang mengambil petunjuk bukan daripada petunjukku. kamu tahu siapa mereka dan kami mengingkarinya”

Aku bertanya lagi, “apakah selepas kebaikan (yang diselubungi asap) itu ada pula kejahatan (yang seterusnya)?”

Baginda menjawab, “ADA. Iaitulah pendakwah ke pintu Jahannam. Sesiapa yang menyahut seruan tersebut akan dicampakkan ke Jahannam”

Huzaifah berkata, “Wahai Rasulullah, terangkan kepada kami karakter mereka”

Baginda menjawab, “mereka itu kulitnya seperti kulit kita dan bercakap dengan bahasa kita sendiri”

Huzaifah bertanya, “apakah yang engkau perintahkan seandainya aku bertemu dengan zaman itu?”

Baginda menjawab, “hendaklah engkau beriltizam dengan kesepakatan (jemaah) kaum Muslimin dan imam-imam mereka”

Huzaifah bertanya, “apakah yang perlu aku lakukan jika ketika itu tiada jemaah dan tiada imam?”

Baginda menjawab, “tinggalkan kesemua kelompok itu walaupun engkau terpaksa berkeadaan menggigit akar pokok, sehinggalah maut mendatangimu dan engkau kekal dalam keadaan itu”

Hadih riwayat al-Bukhari, no. 3606.


"Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali." [Q11:88]

Seni Perubahan Dalam Politik Berlandaskan Islam


kredit foto : http://blogs.kent.ac.uk/change-academy

Apabila Islam berinteraksi dengan politik, ia menghasilkan perkembangan tamadun yang sangat pesat.

Siyasah...

Misal kecil boleh dilihat pada bai'ah yang asalnya berlaku secara berjabat tangan rakyat dengan khalifah di Tsaqifah Bani Sa'idah, berubah kepada bai'ah yang berlaku secara senyap, memandangkan kepada besarnya pertambahan penduduk di zaman Abbasiyyah (sebagai contoh) berbanding dengan zaman Abu Bakr al-Siddiq r.a.

Bukan hanya kepada aspek teknikaliti urus tadbir, idea yang melandasi politik juga mengalami perkembangan yang pesat. Bentuk politik bukan hanya seperti apa yang terjadi di era al-Khulafa al-Rashidin, ia turut mengalami pelbagai perkembangan di era Bani Umayyah, Abbasiyyah, kerajaan-kerajaan Islam di Andalus, Mamluk di Mesir, Mughal di India, Osmanli di Turki, malah juga Safavid Shiah di Iran dan senarai itu berterusan.

Kunci besar upaya Islam berinteraksi dengan perkembangan masa ialah gabungan antara dua dimensi Syariat Islam iaitu pada dasar-dasar yang tetap, bersama cabang-cabang yang anjal. Menjelang era moden, cabaran makin bertambah. Tokoh-tokoh terkenal seperti Tahtawi, al-Afghani, Muhammad Abduh, Muhammad Rashid Ridha hinggalah ke era Hasan al-Banna, idea politik Islam itu terus berkembang dan tangkas menangani cabaran yang pelbagai.

Sehingga ke era Millenia, perkembangan itu masih terus berlaku. Jika diambil Turki sebagai contoh, betapa pesatnya transformasi berlaku di zaman Millî Görüş dalam manifesto Necmettin Erbakan pada tahun 1969, berbanding dengan perubahan yang berlaku di era Erdemililer Hareketi (Movement of the Virtuous) pada waktu Erdogan hari ini. Semuanya diwacanakan dengan prinsip-prinsip, falsafah, memahami situasi semasa, dengan berakar umbikan dasar-dasar yang dipaksikan kepada al-Quran dan al-Sunnah.

PAS sebagai sebuah gerakan Islam dan parti politik yang mewacanakan Islam dalam agendanya, turut bergerak di atas kerangka itu. Justeru, apa sahaja keputusan besar yang hendak dibuat, bersesuaian dengan Fasal 3 Perlembagaan PAS, ia dilakukan dengan teliti, bukan hanya sesama pemimpin di dalam parti, malah turut sama disertai oleh tokoh-tokoh gerakan Islam antarabangsa.

REFORMASI 1998

Teringat saya semasa berada di London, di era Reformasi 1998, PAS ketika itu mengalami kejutan besar, dan didesak oleh keadaan untuk menyemak kembali strategi dan pembawaannya. Bolehkan sebuah jemaah Islam, dan seterusnya Parti yang menjadikan Islam sebagai dasarnya, bekerjasama dengan DAP? PAS berkeupayaan untuk membuat keputusan sendiri. Tetapi atas semangat syura dan menyelesaikan semua sisi pandang berdasarkan pengalaman berbeza gerakan-gerakan di negara lain, pemimpin PAS bersidang di Leicester, UK bersama tokoh-tokoh ulung, termasuk al-'Allamah Sheikh Yusof al-Qaradhawi, bagi mendapatkan saranan dan panduan.

Hasilnya memberangsang. Apa yang diperolehi bukan hanya keputusan berkaitan dengan kerjasama dengan DAP, malah turut serta dalam persidangan itu, harapan yang disampaikan oleh gerakan-gerakan Islam lain, untuk mempelajari pengalaman PAS yang dianggap unik, kerana ia bergerak sebagai sebuah Parti yang dasarnya Islam, di sebuah negara yang hampir separuh penduduknya adalah non-Muslim. Ini menjadikan pengalaman PAS unik.

Bukan hanyan sesama tokoh alim ulama', perkembangan gerakan Islam juga diwacanakan oleh sarjana-sarjana Barat. Nama-nama seperti John L Esposito, Noah Feldman dan Roxanne L. Euben, banyak membicarakan tentang perkembangan Islam dan politik.

Justeru, perubahan yang berlaku daripada era 1990'an membawa kepada 2013, telah menyaksikan PAS bergerak mewacanakan Negara Islam kepada Negara Berkebajikan, hinggalah kepada mencalonkan non Muslim di dalam Pilihanraya ke-13 akan datang.

Perubahan ini adalah kesinambungan perkembangan yang sudah sepanjang zaman berlaku.

Hanya yang malas atau meremehkan ilmu dan kebenaran, membuat kesimpulan pincang.

Kata mereka PAS sudah berubah!

Mereka 'tidak berbohong'. Mereka 'berkata benar'. Bahawa sesungguhnya memang PAS sudah berubah. Berubah ke arah yang lebih baik,

Yang enggan berubah, itu yang harus diubah.

Daripada parti yang memerintah, kepada menjadi pembangkang yang akhirnya terpaksa berubah.

Orang yang berubah kerana terpaksa adalah mangsa. Tetapi orang yang berjaya, adalah orang yang memaksa diri untuk berubah.

Selamat tinggal barisan anti perubahan!



"Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali." [Q11:88]

Tuesday, April 23, 2013

Video: Hidup Adalah Ujian Membuat Pilihan

 

 Rakaman Kuliah Maghrib berkenaan iktibar urus tadbir mithali berpandukan model Dzulqarnain di dalam Surah al-Kahf. Juga menggunakan kerangka Surah al-Kahf dalam membimbing tindakan serta pilihan menjelang Pilihanraya Umum.
 "Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali." [Q11:88]

Rapunzel Bukan Hikayat Jerman




Mother knows best!” itulah slogannya.

Zaman berzaman, Mother Gothel memberitahu Rapunzel kata-kata keramat ini.

Dan setelah Rapunzel itu ‘berhutang hidup’ dengan Mother Gothel yang memberinya makan dan minum, kata-kata itu memang masuk ke logik fikiran Rapunzel.

“Ibu, mengapa saya tidak boleh ke luar sana?” tanya Rapunzel semasa rambut cantiknya disikat lembut oleh si ibu penyayang.

“Oh sayang, di luar sana amat berbahaya. Ada ramai manusia dengki, mementingkan diri sendiri, dan merbahaya untuk kamu. Tinggallah kamu di sini, kerana ia yang terbaik buatmu, nak!” kata-kata Mother Gothel sungguh berbunyi mithali.

Tetapi Rapunzel itu manusia.

Setelah sekian lama duduk di dunia makam tingginya di menara itu, Rapunzel melihat bulan penuh. Masih melihat bulan sabit. Berganti-ganti. Sekali sekala nampak mercun roket meletup indah di angkasa. Menghias buana. Rapunzel tahu, dunia di luar sana lain ceritanya.

Tingkap kecil binaan Mother Gothel di bilik Rapunzel itu adalah untuk membuktikan dirinya masih manusia. Masih memberi ruang nafas dan pandang jauh buat Rapunzel. Biar pun hakikatnya Rapunzel sedang dikurung. Dipenjara. Dan pandangan jauh si anak dara itu dijadikan ‘gula-gula’ memujuk anaknya bahawa dia sedang menikmati dunia, biar pun dari pandangan luar, Rapunzel sebenarnya hidup dalam tahanan.

Dipenjara.

Oleh ibunya sendiri.

Ibu yang lebih mengetahui.

Rapunzel terus membesar.

Nalurinya berkembang.

Fitrahnya mencari.

Flynn Rider muncul.

Flynn Rider dimomok sebagai perompak. Tamakkan tiara Rapunzel. Berniat jahat. Pengganas. Penjenayah. Dipropagandakan oleh Mother Gother sendiri di empat penjuru negeri.



Anda tontonlah sendiri RAPUNZEL: THE TANGLED TALE.

Anda tahu bahawa ia bukan Hikayat Jerman.

Ia kisah kampung halaman kita sendiri.

Wahai Rapunzel, slogan Mother Knows Best itu jangan ditelan bulat-bulat.

Ia berperisa gula.

Hakikatnya racun pembodohan yang cuba menggula-gulakan kamu.

Masakan selepas 50 tahun, kamu masih percaya dengan nasihat Mother Gothel kepada ‘kanak-kanak yang diculik’ itu?


"Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali." [Q11:88]

Hidup: Ujian Membuat Pilihan

Hidup: Ujian Membuat Pilihan



Kuliah Maghrib Topik: HIDUP: UJIAN MEMBUAT PILIHAN (Panduan menghadapi pilihanraya dengan suluhan ibrah Kisah Dzulqarnain di dalam Surah al-Kahf).
http://www.mediafire.com/?vml2s9g8cd0c8dk


"Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali." [Q11:88]