Gelombang PRU13 kali ini mengubah banyak perkara yang sejak sekian lama mencengkam sikap masyarakat kita. Artis yang hidup bergantung kepada populariti, mengambil risiko menyatakan pendirian politik (sama ada BN atau pun PR). Muslim menyokong non Muslim. Non Muslim menyokong Muslim. Melayu menyokong bukan Melayu. Bukan Melayu menyokong Melayu, semuanya ada. Malah DAP bersedia menggunakan logo PAS dan PKR, andai ROS menolak penggunaan logo DAP. Suasana ini amat kondusif untuk perubahan dan menuju politik baru.
Kengganan membuat pendirian dalam suasana hari ini, bukan lagi kerana takut, tetapi angkuh. Bersikap 'diri terlalu bagus' untuk berpihak kepada realiti yang ada.
Tinggal dua minggu untuk keangkuhan itu dilenturkan agar dapat membantu Malaysia, sebuah negara yang kita sama-sama kasihi ini.
Berpijaklah di bumi yang nyata. Tunaikan kewajipan berpendirian dan menyumbang undi.

No comments:
Post a Comment