Orang ramai lazimnya bertanya kepada Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam tentang kebaikan. Aku pula bertanyakan baginda tentang kejahatan kerana khuatir terjebak dengannya.
Lalu aku bertanya, “wahai Rasulullah, dahulunya kami berada dalam jahiliah dan kejahatan, kemudian Allah mendatangkan kebaikan ini (perutusan Islam oleh Muhammad), apakah selepas kebaikan ini ada lagi kejahatan?”
Baginda menjawab, “ADA”
Aku bertanya lagi, “apakah selepas kejahatan itu ada lagi kebaikan?”
Baginda menjawab, “ADA. Akan tetapi ia diselubungi asap”
Aku bertanya, “apakah asap itu?”
Hadih riwayat al-Bukhari, no. 3606.
- Hasrizal Abdul Jamil Hadith ini sepatutnya dibaca perlahan, dan mesti ada air mata yang jatuh. Ia bukan hadith untuk menghentam orang, tetapi hadith pemujuk diri, bahawa usaha mencari kebenaran di akhir zaman ini amat perit. Perlu tenang, sabar, tidak mudah patah hati, terutamanya ketika dimaki orang-orang yang bodoh sombong, yang mendapat senjata berbicara di era tersebarnya pena media sosial di akhir zaman ini.
Menangislah... kita hidup di era sebahagian penyeru, menyeru kita ke gigi Neraka! - Hasrizal Abdul Jamil Ahmad Shakir Salleh, tadi terdetik hati saya untuk menyiarkan hadith ini hanya di bahagian kebaikan yang diselaputi asap SAHAJA. Kerana saya mahu menekankan tentang peritnya kebaikan itu hendak dikenali di akhir zaman.
Kejahilan dan kesombongan kita menyebabkan bab kebaikan berselaput asap tu kita baca laju, dan terus mahu menggunakan hujung hadith itu untuk menjelaskan pendirian suci murni kita yang enggan berpihak kerana mendukung TAUHID, ISLAM SEBENAR dan lain-lain.
Sedangkan situasi mati dalam keadaan menggigit akar pokok itu masih jauh. Terlalu jauh...
Kita masih di era ramai yang mati menggigit lidi sate!
"Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali." [Q11:88]
No comments:
Post a Comment