Tuesday, April 23, 2013

Rapunzel Bukan Hikayat Jerman




Mother knows best!” itulah slogannya.

Zaman berzaman, Mother Gothel memberitahu Rapunzel kata-kata keramat ini.

Dan setelah Rapunzel itu ‘berhutang hidup’ dengan Mother Gothel yang memberinya makan dan minum, kata-kata itu memang masuk ke logik fikiran Rapunzel.

“Ibu, mengapa saya tidak boleh ke luar sana?” tanya Rapunzel semasa rambut cantiknya disikat lembut oleh si ibu penyayang.

“Oh sayang, di luar sana amat berbahaya. Ada ramai manusia dengki, mementingkan diri sendiri, dan merbahaya untuk kamu. Tinggallah kamu di sini, kerana ia yang terbaik buatmu, nak!” kata-kata Mother Gothel sungguh berbunyi mithali.

Tetapi Rapunzel itu manusia.

Setelah sekian lama duduk di dunia makam tingginya di menara itu, Rapunzel melihat bulan penuh. Masih melihat bulan sabit. Berganti-ganti. Sekali sekala nampak mercun roket meletup indah di angkasa. Menghias buana. Rapunzel tahu, dunia di luar sana lain ceritanya.

Tingkap kecil binaan Mother Gothel di bilik Rapunzel itu adalah untuk membuktikan dirinya masih manusia. Masih memberi ruang nafas dan pandang jauh buat Rapunzel. Biar pun hakikatnya Rapunzel sedang dikurung. Dipenjara. Dan pandangan jauh si anak dara itu dijadikan ‘gula-gula’ memujuk anaknya bahawa dia sedang menikmati dunia, biar pun dari pandangan luar, Rapunzel sebenarnya hidup dalam tahanan.

Dipenjara.

Oleh ibunya sendiri.

Ibu yang lebih mengetahui.

Rapunzel terus membesar.

Nalurinya berkembang.

Fitrahnya mencari.

Flynn Rider muncul.

Flynn Rider dimomok sebagai perompak. Tamakkan tiara Rapunzel. Berniat jahat. Pengganas. Penjenayah. Dipropagandakan oleh Mother Gother sendiri di empat penjuru negeri.



Anda tontonlah sendiri RAPUNZEL: THE TANGLED TALE.

Anda tahu bahawa ia bukan Hikayat Jerman.

Ia kisah kampung halaman kita sendiri.

Wahai Rapunzel, slogan Mother Knows Best itu jangan ditelan bulat-bulat.

Ia berperisa gula.

Hakikatnya racun pembodohan yang cuba menggula-gulakan kamu.

Masakan selepas 50 tahun, kamu masih percaya dengan nasihat Mother Gothel kepada ‘kanak-kanak yang diculik’ itu?


"Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali." [Q11:88]

5 comments:

  1. maksud tersirat d sebalik cerita Repunzel., mengatakan bahawa saya adalah manusia biasa yang tidak boleh disekat oleh siapa2 dalam cara pemikiran saya., saya akan menilai sendiri., walaupun saya ber istisyarah (b'tanyakan pandangan org lain) namun saya masih berhak berfikir sendiri dan menilai sendiri. repunzel yang akhirnya mengikut kekasih hatynya wlaupn di propagandakan sebagai penjenayah, ttp dia tahu menilai sendiri.

    ReplyDelete
  2. tmksh... i loooooove Rapunzel and siasah.. this is sooo true! well said. thanks a lot!

    ReplyDelete