Thursday, April 11, 2013

Kempen Pilihanraya di Turki


Tajuk: Türkiye'de Seçim Kampanyaları
Penulis: Ömer Çaha & Michelangelo Guida 
ISBN: 9789944769655
Penerbit: Orion Kitabevi 

Di dalam buku ini, ada dibentangkan beberapa rumusan tentang kempen pilihanraya oleh AKP sebagai parti yang sukses dalam politik Turki semasa. Antara yang ditekankan adalah:

  1. Kekuatan jentera AKP yang merupakan satu-satunya parti mempunyai tenaga di seluruh peringkat lapisan masyarakat hingga ke kawasan-kawasan yang terpencil di seluruh negara.
  2. Kekuatan database berkenaan pengundi di kawasan masing-masing, mengetahui secara terpeinci hal-hal mikro, dan maklumat daripada database itu digunakan oleh jentera AKP semaksima mungkin.
  3. Penyertaan sosial yang optimum. Selain duduk bersama berbual di kedai kopi, menyapa anggota masyarakat di jalanan, di majlis kenduri, perkahwinan, kematian dan sebarang peluang berbual yang ada. Anak sebuah keluarga hendak meninggalkan keluarga kerana masuk ke perkhidmatan tentera, jentera AKP hadir ke rumah dan menyertai keluarga anak muda itu menghantarnya pergi.
  4. Ketiga-tiga langkah di atas memberikan impak yang sangat tinggi, jauh lebih tinggi daripada kesan yang dihasilkan melalui kempen di media-media baru.
  5. Manakala bagi masyarakat urban, AKP menjauhkan diri daripada banyak membicarakan tentang ideologi (fikrah), sebaliknya banyak menumpukan perhatian kepada mengenengahkan fakta-fakta prestasi mereka, khususnya yang membabitkan ekonomi. Ini menjauhkan AKP daripada konotasi silamnya yang dikaitkan dengan Refah serta Fazilet.

Ini merupakan sebahagian daripada yang dapat saya cungkil daripada buku ini. Mungkin bermanfaat untuk usaha kita bersama. Semoga kita semua berusaha dengan lebih bersungguh untuk turun berjuang membantu kemenangan Pakatan Rakyat, dengan perkongsian bijak rakan seperjuangan di negara-negara lain, ameen.

"Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali." [Q11:88]

No comments:

Post a Comment