Monday, April 22, 2013

Politik Berasaskan Idea

Salah satu kesan kurang popular tetapi berimpak besar andai Barisan Nasional kalah dalam PRU13 dan hilang sokongan ialah merosotnya parti dan politik berasaskan kaum. Di era Cina ada yang Muslim, India Muslim pun ramai, dan kemudian Melayu pun ada pula yang murtad serta tidak berbahasa Melayu atau berbudaya dengan budaya Melayu, disertai juga dengan perkahwinan campur antara bangsa yang pelbagai, maka perkauman adalah satu bentuk kebersamaan (asobiyyah menurut definisi Ibn Khaldun) yang paling mundur, hilang sempadan makna dan tidak bergerak ke hadapan.

Apa yang kita mahukan ialah, politik berasaskan idea, prinsip, malah ajaran agama. Iaitu asas-asas yang berlegar pada pilihan manusia, bukan yang diterima sebagai bukan satu pilihan. Idea apabila dihadapkan dengan idea, membangunkan semua. Perkauman dihadapkan dengan perkauman, bergaduh dan saling buruk sangka, sepanjang masa.


"Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali." [Q11:88]

No comments:

Post a Comment