"Saya kagum, ustaz berani menyatakan sokongan dan bangkangan!" kata seorang pengunjung halaman FB saya.
Betapa malangnya kita, menyatakan pendirian siapa calon dan parti pilihan kita pun, sudah dianggap suatu keberanian. Rupa-rupanya dalam senyum dan tawa, masyarakat kita sebenarnya dibelenggu sebuah ketakutan yang membingungkan.
Kita perlu mengubah keadaan ini, agar menjelang PRU 14 akan datang, masyarakat boleh secara sihat menyatakan sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional tanpa rasa takut dan terancam.
Dan mustahil berlaku, jika PRU13, masih berpihak kepada kuasa otokratik yang mencengkam dalam senyuman.
Pakatan Rakyat, merakyatkan kepemimpinan negara!
p/s: jangan lupa mula membaca surah al-kahf mulai malam ini hingga terbenam mentari Jumaat
"Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali." [Q11:88]
No comments:
Post a Comment