Ulasan artikel http://saifulislam.com/?p=426
Masalah ekonomi besar. Keselamatan negara, politik, juga besar. Saya tidak pandai ulas, sebab tidak cukup ilmu.
Tetapi kerisauan terbesar saya ialah krisis sosial.
Generasi muda sangat biadab, kurang ajar, mencarut secara terbuka, seks songsang dan lurus berleluasa, keyakinan diri lemah, nak berpendapat pun susah, cara berfikir caca merba, jenayah domestik, rompakan, ugut, samseng, 1001 masalah membabitkan aqidah, aqal, nyawa, zuriat keturunan dan harta... saya tidak tahu bagaimana hal ini boleh disembuhkan.
Dalam usaha mengekang perubahan, kita sering dimomokkan dengan ancaman hilangnya keamanan, berlaku kacau bilau dan peperangan.
"Mahu Malaysia jadi macam Palestin? Macam Syria? Macam Mesir?"
Itulah ugutannya. Seolah-olah Barisan Nasional itu sivil, manakala Pakatan Rakyat adalah pengganas.
Dan kerana itu, kita terlupa dengan peperangan halus yang menyelinap setiap saat ke pejabat, sekolah, rumah, hatta bilik tidur kita.
Peperangan zahir seperti di negara bergolak itu, hujungnya mungkin mati, syahid tidak syahid, Syurga dan Neraka. Dan jika tiada peperangan pun, mati, barzakh, Mahsyar dan Akhirat tetap perlu kita hadapi. Kita berdoa dan berusaha agar kita tidak diuji dengan ujian sebegini.
Akan tetapi peperangan yang halus, kita rosak binasa ketika ketawa dan senyum aman, ketika hakikatnya kita berdiri di bibir Jahannam.
Sebab itu, kita kena ubah, dan berusaha membina kerajaan baru yang berintegriti. Kerajaan BN itu kerajaan korporat, bukan lagi kerajaan guru, aktivis mayarakat dan negarawan. Sebab itu isu sosial, tidak diendahkan.
Itu sudah sangat merosakkan.
UBAH
"Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali." [Q11:88]
No comments:
Post a Comment