Thursday, April 25, 2013

Mencengkam Dalam Senyuman



"Saya kagum, ustaz berani menyatakan sokongan dan bangkangan!" kata seorang pengunjung halaman FB saya.

Betapa malangnya kita, menyatakan pendirian siapa calon dan parti pilihan kita pun, sudah dianggap suatu keberanian. Rupa-rupanya dalam senyum dan tawa, masyarakat kita sebenarnya dibelenggu sebuah ketakutan yang membingungkan. 

Kita perlu mengubah keadaan ini, agar menjelang PRU 14 akan datang, masyarakat boleh secara sihat menyatakan sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional tanpa rasa takut dan terancam.

Dan mustahil berlaku, jika PRU13, masih berpihak kepada kuasa otokratik yang mencengkam dalam senyuman.

Pakatan Rakyat, merakyatkan kepemimpinan negara!

p/s: jangan lupa mula membaca surah al-kahf mulai malam ini hingga terbenam mentari Jumaat


"Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali." [Q11:88]

Kita Masih di Era Ramai yang Mati Menggigit Lidi Sate!



Orang ramai lazimnya bertanya kepada Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam tentang kebaikan. Aku pula bertanyakan baginda tentang kejahatan kerana khuatir terjebak dengannya.
Lalu aku bertanya, “wahai Rasulullah, dahulunya kami berada dalam jahiliah dan kejahatan, kemudian Allah mendatangkan kebaikan ini (perutusan Islam oleh Muhammad), apakah selepas kebaikan ini ada lagi kejahatan?”
Baginda menjawab, “ADA”
Aku bertanya lagi, “apakah selepas kejahatan itu ada lagi kebaikan?”
Baginda menjawab, “ADA. Akan tetapi ia diselubungi asap”
Aku bertanya, “apakah asap itu?”


Hadih riwayat al-Bukhari, no. 3606.


  • Hasrizal Abdul Jamil Hadith ini sepatutnya dibaca perlahan, dan mesti ada air mata yang jatuh. Ia bukan hadith untuk menghentam orang, tetapi hadith pemujuk diri, bahawa usaha mencari kebenaran di akhir zaman ini amat perit. Perlu tenang, sabar, tidak mudah patah hati, terutamanya ketika dimaki orang-orang yang bodoh sombong, yang mendapat senjata berbicara di era tersebarnya pena media sosial di akhir zaman ini.

    Menangislah... kita hidup di era sebahagian penyeru, menyeru kita ke gigi Neraka!
  • Hasrizal Abdul Jamil Ahmad Shakir Salleh, tadi terdetik hati saya untuk menyiarkan hadith ini hanya di bahagian kebaikan yang diselaputi asap SAHAJA. Kerana saya mahu menekankan tentang peritnya kebaikan itu hendak dikenali di akhir zaman.

    Kejahilan dan kesombongan kita m
    enyebabkan bab kebaikan berselaput asap tu kita baca laju, dan terus mahu menggunakan hujung hadith itu untuk menjelaskan pendirian suci murni kita yang enggan berpihak kerana mendukung TAUHID, ISLAM SEBENAR dan lain-lain.

    Sedangkan situasi mati dalam keadaan menggigit akar pokok itu masih jauh. Terlalu jauh...

    Kita masih di era ramai yang mati menggigit lidi sate!



"Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali." [Q11:88]

Wednesday, April 24, 2013

Akhir Zaman, Bukan Hanya Politik Yang Kotor


"Aghh, politik kotor. Saya tidak mahu campur!"

Pendapat ini, hanya akan terbit daripada satu antara dua keadaan diri iaitu:

1. EGO. Menganggap semua yang ada di sekelilingnya tidak cukup bagus untuk beliau berpihak.

2. JAHIL. Tidak memahami peringatan Nabi sallallaahu alayhi wa sallam, bahawa hakikatnya, kebaikan di akhir zaman memang berselaput dengan ASAP, rumit untuk dicari, dan hanya boleh ditemui dengan jiwa yang jernih mencari kebenaran. Politik akhir zaman memang sangat kotor, dan ia bukan alasan untuk mengenepikannya.

SUCI DALAM DEBU

كان الناسُ يسألونَ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ عن الخيرِ ، وكنتُ أسألُهُ عن الشرِّ مخافةَ أن يُدركني ، فقلتُ : يا رسولَ اللهِ ، إنَّا كُنَّا في الجاهليةِ وشرٍّ ، فجاءنا اللهُ بهذا الخيرِ ، فهل بعد هذا الخيرِ من شرٍّ ؟ قال : ( نعم ) . قلتُ : وهل بعد ذلك الشرِّ من خيرٍ ؟ قال : نعم ، وفيه دَخَنٌ ) . قلتُ وما دَخَنُهُ ؟ قال : ( قومٌ يهدونَ بغيرِ هديي ، تعرفُ منهم وتُنكر ) . قلتُ : فهل بعد ذلك الخيرِ من شرٍّ ؟ قال : ( نعم ، دعاةٌ إلى أبوابِ جهنمَ ، من أجابهم إليها قذفوهُ فيها ) . قلتُ : يا رسولَ اللهِ ، صِفْهُمْ لنا ؟ فقال : ( هم من جلدتنا ، ويتكلَّمونَ بألسنتنا ) . قلتُ : فما تأمرني إن أدركني ذلك ؟ قال : تَلْزَمُ جماعةَ المسلمينَ وإمامهم ، قلتُ : فإن لم يكن لهم جماعةٌ ولا إمامٌ ؟ قال : ( فاعتزلْ تلك الفِرَقَ كلَّها ، ولو أن تَعَضَّ بأصلِ شجرةٍ ، حتى يُدرككَ الموتُ وأنت على ذلك )

Orang ramai lazimnya bertanya kepada Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam tentang kebaikan. Aku pula bertanyakan baginda tentang kejahatan kerana khuatir terjebak dengannya.

Lalu aku bertanya, “wahai Rasulullah, dahulunya kami berada dalam jahiliah dan kejahatan, kemudian Allah mendatangkan kebaikan ini (perutusan Islam oleh Muhammad), apakah selepas kebaikan ini ada lagi kejahatan?”

Baginda menjawab, “ADA”

Aku bertanya lagi, “apakah selepas kejahatan itu ada lagi kebaikan?”

Baginda menjawab, “ADA. Akan tetapi ia diselubungi asap”
Aku bertanya, “apakah asap itu?”

Baginda menjawab, “iaitulah kaum yang mengambil petunjuk bukan daripada petunjukku. kamu tahu siapa mereka dan kami mengingkarinya”

Aku bertanya lagi, “apakah selepas kebaikan (yang diselubungi asap) itu ada pula kejahatan (yang seterusnya)?”

Baginda menjawab, “ADA. Iaitulah pendakwah ke pintu Jahannam. Sesiapa yang menyahut seruan tersebut akan dicampakkan ke Jahannam”

Huzaifah berkata, “Wahai Rasulullah, terangkan kepada kami karakter mereka”

Baginda menjawab, “mereka itu kulitnya seperti kulit kita dan bercakap dengan bahasa kita sendiri”

Huzaifah bertanya, “apakah yang engkau perintahkan seandainya aku bertemu dengan zaman itu?”

Baginda menjawab, “hendaklah engkau beriltizam dengan kesepakatan (jemaah) kaum Muslimin dan imam-imam mereka”

Huzaifah bertanya, “apakah yang perlu aku lakukan jika ketika itu tiada jemaah dan tiada imam?”

Baginda menjawab, “tinggalkan kesemua kelompok itu walaupun engkau terpaksa berkeadaan menggigit akar pokok, sehinggalah maut mendatangimu dan engkau kekal dalam keadaan itu”

Hadih riwayat al-Bukhari, no. 3606.


"Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali." [Q11:88]

Seni Perubahan Dalam Politik Berlandaskan Islam


kredit foto : http://blogs.kent.ac.uk/change-academy

Apabila Islam berinteraksi dengan politik, ia menghasilkan perkembangan tamadun yang sangat pesat.

Siyasah...

Misal kecil boleh dilihat pada bai'ah yang asalnya berlaku secara berjabat tangan rakyat dengan khalifah di Tsaqifah Bani Sa'idah, berubah kepada bai'ah yang berlaku secara senyap, memandangkan kepada besarnya pertambahan penduduk di zaman Abbasiyyah (sebagai contoh) berbanding dengan zaman Abu Bakr al-Siddiq r.a.

Bukan hanya kepada aspek teknikaliti urus tadbir, idea yang melandasi politik juga mengalami perkembangan yang pesat. Bentuk politik bukan hanya seperti apa yang terjadi di era al-Khulafa al-Rashidin, ia turut mengalami pelbagai perkembangan di era Bani Umayyah, Abbasiyyah, kerajaan-kerajaan Islam di Andalus, Mamluk di Mesir, Mughal di India, Osmanli di Turki, malah juga Safavid Shiah di Iran dan senarai itu berterusan.

Kunci besar upaya Islam berinteraksi dengan perkembangan masa ialah gabungan antara dua dimensi Syariat Islam iaitu pada dasar-dasar yang tetap, bersama cabang-cabang yang anjal. Menjelang era moden, cabaran makin bertambah. Tokoh-tokoh terkenal seperti Tahtawi, al-Afghani, Muhammad Abduh, Muhammad Rashid Ridha hinggalah ke era Hasan al-Banna, idea politik Islam itu terus berkembang dan tangkas menangani cabaran yang pelbagai.

Sehingga ke era Millenia, perkembangan itu masih terus berlaku. Jika diambil Turki sebagai contoh, betapa pesatnya transformasi berlaku di zaman Millî Görüş dalam manifesto Necmettin Erbakan pada tahun 1969, berbanding dengan perubahan yang berlaku di era Erdemililer Hareketi (Movement of the Virtuous) pada waktu Erdogan hari ini. Semuanya diwacanakan dengan prinsip-prinsip, falsafah, memahami situasi semasa, dengan berakar umbikan dasar-dasar yang dipaksikan kepada al-Quran dan al-Sunnah.

PAS sebagai sebuah gerakan Islam dan parti politik yang mewacanakan Islam dalam agendanya, turut bergerak di atas kerangka itu. Justeru, apa sahaja keputusan besar yang hendak dibuat, bersesuaian dengan Fasal 3 Perlembagaan PAS, ia dilakukan dengan teliti, bukan hanya sesama pemimpin di dalam parti, malah turut sama disertai oleh tokoh-tokoh gerakan Islam antarabangsa.

REFORMASI 1998

Teringat saya semasa berada di London, di era Reformasi 1998, PAS ketika itu mengalami kejutan besar, dan didesak oleh keadaan untuk menyemak kembali strategi dan pembawaannya. Bolehkan sebuah jemaah Islam, dan seterusnya Parti yang menjadikan Islam sebagai dasarnya, bekerjasama dengan DAP? PAS berkeupayaan untuk membuat keputusan sendiri. Tetapi atas semangat syura dan menyelesaikan semua sisi pandang berdasarkan pengalaman berbeza gerakan-gerakan di negara lain, pemimpin PAS bersidang di Leicester, UK bersama tokoh-tokoh ulung, termasuk al-'Allamah Sheikh Yusof al-Qaradhawi, bagi mendapatkan saranan dan panduan.

Hasilnya memberangsang. Apa yang diperolehi bukan hanya keputusan berkaitan dengan kerjasama dengan DAP, malah turut serta dalam persidangan itu, harapan yang disampaikan oleh gerakan-gerakan Islam lain, untuk mempelajari pengalaman PAS yang dianggap unik, kerana ia bergerak sebagai sebuah Parti yang dasarnya Islam, di sebuah negara yang hampir separuh penduduknya adalah non-Muslim. Ini menjadikan pengalaman PAS unik.

Bukan hanyan sesama tokoh alim ulama', perkembangan gerakan Islam juga diwacanakan oleh sarjana-sarjana Barat. Nama-nama seperti John L Esposito, Noah Feldman dan Roxanne L. Euben, banyak membicarakan tentang perkembangan Islam dan politik.

Justeru, perubahan yang berlaku daripada era 1990'an membawa kepada 2013, telah menyaksikan PAS bergerak mewacanakan Negara Islam kepada Negara Berkebajikan, hinggalah kepada mencalonkan non Muslim di dalam Pilihanraya ke-13 akan datang.

Perubahan ini adalah kesinambungan perkembangan yang sudah sepanjang zaman berlaku.

Hanya yang malas atau meremehkan ilmu dan kebenaran, membuat kesimpulan pincang.

Kata mereka PAS sudah berubah!

Mereka 'tidak berbohong'. Mereka 'berkata benar'. Bahawa sesungguhnya memang PAS sudah berubah. Berubah ke arah yang lebih baik,

Yang enggan berubah, itu yang harus diubah.

Daripada parti yang memerintah, kepada menjadi pembangkang yang akhirnya terpaksa berubah.

Orang yang berubah kerana terpaksa adalah mangsa. Tetapi orang yang berjaya, adalah orang yang memaksa diri untuk berubah.

Selamat tinggal barisan anti perubahan!



"Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali." [Q11:88]

Tuesday, April 23, 2013

Video: Hidup Adalah Ujian Membuat Pilihan

 

 Rakaman Kuliah Maghrib berkenaan iktibar urus tadbir mithali berpandukan model Dzulqarnain di dalam Surah al-Kahf. Juga menggunakan kerangka Surah al-Kahf dalam membimbing tindakan serta pilihan menjelang Pilihanraya Umum.
 "Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali." [Q11:88]

Rapunzel Bukan Hikayat Jerman




Mother knows best!” itulah slogannya.

Zaman berzaman, Mother Gothel memberitahu Rapunzel kata-kata keramat ini.

Dan setelah Rapunzel itu ‘berhutang hidup’ dengan Mother Gothel yang memberinya makan dan minum, kata-kata itu memang masuk ke logik fikiran Rapunzel.

“Ibu, mengapa saya tidak boleh ke luar sana?” tanya Rapunzel semasa rambut cantiknya disikat lembut oleh si ibu penyayang.

“Oh sayang, di luar sana amat berbahaya. Ada ramai manusia dengki, mementingkan diri sendiri, dan merbahaya untuk kamu. Tinggallah kamu di sini, kerana ia yang terbaik buatmu, nak!” kata-kata Mother Gothel sungguh berbunyi mithali.

Tetapi Rapunzel itu manusia.

Setelah sekian lama duduk di dunia makam tingginya di menara itu, Rapunzel melihat bulan penuh. Masih melihat bulan sabit. Berganti-ganti. Sekali sekala nampak mercun roket meletup indah di angkasa. Menghias buana. Rapunzel tahu, dunia di luar sana lain ceritanya.

Tingkap kecil binaan Mother Gothel di bilik Rapunzel itu adalah untuk membuktikan dirinya masih manusia. Masih memberi ruang nafas dan pandang jauh buat Rapunzel. Biar pun hakikatnya Rapunzel sedang dikurung. Dipenjara. Dan pandangan jauh si anak dara itu dijadikan ‘gula-gula’ memujuk anaknya bahawa dia sedang menikmati dunia, biar pun dari pandangan luar, Rapunzel sebenarnya hidup dalam tahanan.

Dipenjara.

Oleh ibunya sendiri.

Ibu yang lebih mengetahui.

Rapunzel terus membesar.

Nalurinya berkembang.

Fitrahnya mencari.

Flynn Rider muncul.

Flynn Rider dimomok sebagai perompak. Tamakkan tiara Rapunzel. Berniat jahat. Pengganas. Penjenayah. Dipropagandakan oleh Mother Gother sendiri di empat penjuru negeri.



Anda tontonlah sendiri RAPUNZEL: THE TANGLED TALE.

Anda tahu bahawa ia bukan Hikayat Jerman.

Ia kisah kampung halaman kita sendiri.

Wahai Rapunzel, slogan Mother Knows Best itu jangan ditelan bulat-bulat.

Ia berperisa gula.

Hakikatnya racun pembodohan yang cuba menggula-gulakan kamu.

Masakan selepas 50 tahun, kamu masih percaya dengan nasihat Mother Gothel kepada ‘kanak-kanak yang diculik’ itu?


"Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali." [Q11:88]

Hidup: Ujian Membuat Pilihan

Hidup: Ujian Membuat Pilihan



Kuliah Maghrib Topik: HIDUP: UJIAN MEMBUAT PILIHAN (Panduan menghadapi pilihanraya dengan suluhan ibrah Kisah Dzulqarnain di dalam Surah al-Kahf).
http://www.mediafire.com/?vml2s9g8cd0c8dk


"Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali." [Q11:88]

Monday, April 22, 2013

Politik Berasaskan Idea

Salah satu kesan kurang popular tetapi berimpak besar andai Barisan Nasional kalah dalam PRU13 dan hilang sokongan ialah merosotnya parti dan politik berasaskan kaum. Di era Cina ada yang Muslim, India Muslim pun ramai, dan kemudian Melayu pun ada pula yang murtad serta tidak berbahasa Melayu atau berbudaya dengan budaya Melayu, disertai juga dengan perkahwinan campur antara bangsa yang pelbagai, maka perkauman adalah satu bentuk kebersamaan (asobiyyah menurut definisi Ibn Khaldun) yang paling mundur, hilang sempadan makna dan tidak bergerak ke hadapan.

Apa yang kita mahukan ialah, politik berasaskan idea, prinsip, malah ajaran agama. Iaitu asas-asas yang berlegar pada pilihan manusia, bukan yang diterima sebagai bukan satu pilihan. Idea apabila dihadapkan dengan idea, membangunkan semua. Perkauman dihadapkan dengan perkauman, bergaduh dan saling buruk sangka, sepanjang masa.


"Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali." [Q11:88]

Mudanya Usia yang Dipersalahkan

"What do you know about all these things, young man!"

Apabila kaum Ibrahim 'alayhi al-sālam menolak apa yang diseru oleh Baginda, mereka bukan menolaknya dengan hujah. Apa yang mereka lakukan ialah menyandarkan pendapat Ibrahim itu kepada hakikat Baginda adalah hanya anak muda yang tidak mengerti apa-apa. Satu bentuk pembunuhan karakter klisè yang dirakam oleh Allah SWT:

قَالُوا سَمِعْنَا فَتًى يَذْكُرُهُمْ يُقَالُ لَهُ إِبْرَاهِيمُ

(Setengah dari) mereka berkata (dengan nada menyindir): "Kami ada mendengar seorang anak muda yang dikatakan namanya Ibrahim, mencacinya". (Al-Anbiyā' 21:60)

Bersabarlah.

Sunday, April 21, 2013

Saya Berpijak di Bumi yang Nyata


Ada hikmah yang besar mengapa saya lahir, membesar dan seterusnya menjadi pengundi di Pasir Pinji dan Ipoh Timor. Semenjak kecil, persekitaran politik saya ialah saudara mara saya UMNO, manakala parti yang menguasai DUN dan Parlimen ialah DAP pada banyak penggal.

Dengan latar belakang Melayu, PAS dan berijazah Pengajian Islam dari Negara Arab, saya tidak mendapat 'kelebihan' sesetengah rakan yang mungkin selesa untuk hanya berfikir tentang PAS, Tarbiyah, Ulama, dan Islam. 

Saya perlu bersikap realistik bahawa saya mengundi sama ada DAP atau MCA.

Menggunakan pengalaman hidup di perantauan dan bekerja bersama kerajaan bukan Melayu, bukan Muslim di United Kingdom, sebagai pegawai agama di Masjid Belfast, Ireland Utara, ia menjadi langkah pertama yang membuka tempurung kepala saya untuk menilai kualiti seseorang bukan hanya dengan neraca agama selapis, tetapi menilai integriti dan kompetensi dalam kerangka yang lebih universal.

Jika tidak kerana gergasinya kuasa persepsi dalam masyarakat Malaysia, mahu sahaja saya menawarkan diri menjadi aktivis DAP. Namun bolehkah seorang 'ustaz DAP' berkuliah Maghrib di masjid?

Justeru cukuplah buat masa ini, kerjasama padu antara PAS, PKR dan DAP, saya berpijak di bumi yang nyata, bersama Allah dalam segunung pergantungan harapan dan tawakkal diri.

Hapuskan korupsi Melayu, Cina dan India Barisan Nasional yang menindas kita semua, serta mengkhianati sejarah perjuangan tokoh mereka sendiri semenjak Merdeka.

Berusahalah untuk keluar dari zon selesa, menuju Malaysia yang lebih bermaruah!

"Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali." [Q11:88]

Dongeng Dari Negeri Antah Berantah - Ebiet G Ade

 


Hormatilah jabatanku, putra tunggal kepala kampung
Punya hak untuk tolak pinggang memerintah
Kupelihara kesombongan, sorot mata segalak mungkin
Untuk menjaga martabat dan wibawa

Hari ini aku dipanggil menghadap ayah terhormat
Melaporkan tugasku mengelola dagang model putra bangsawan
Cara yang aku terapkan gampang, tak perlu berfikir
Yang penting bisa memanfaatkan kesempatan, jabatan ayahku
Semua berjalan lancar

Betapa aku tersinggung dengan seorang patriot
Berani ia mengecam tingkahku
Untung saja lima pengawalku segera melingkus tulang belulang
Caci maki aku semburkan di kupingnya:

"Kuingatkan sekali lagi, aku putra kepala kampung
Jangan coba melawan kalau tak ingin susah, sebaiknyalah kau diam
Aku jalankan perintah ayahanda yang agung
Menindas nyali rakyatku agar tak banyak tingkah, agar semua bisu
Menurut selalu patuh."

Inilah cerita keji dari negeri antah berantah
Sepantasnyalah jadi timbangan bagi kita
Meskipun hanya dongengan tapi cukup meremas jantung
Semoga saja takkan terjadi di negeri ini
Moga bukan ini dendanganku buat calon BN DUN N023 Manjoi

Hikayat Katak Rebus yang Mati Katak

Jika katak itu disimbah dengan air panas, mungkin cepatnya ia melompat pergi mencari dingin. Katak itu akan segera melarikan diri kerana terkejut dengan perubahan suhu yang memudaratkannya.

Tetapi katak yang satu ini bersenang lenang.

Disangkanya kolam sekangkang katak itu adalah tasik terindah, termewah dan terbaik. Kerana katak yang satu ini hanya kenal kolam sekangkang itu, lantaran tempurung yang lama menjadi langitnya jua. Sedangkan katak itu tidak sedar, bahawa tasik impiannya itu adalah air rebusan di dalam periuk.

"Panas pula air sekarang ini" keluh si katak yang terasa pijar.

"Oh, semua tasik impian hari ini suam dan panas. Ia fenomena sejagat" kata suara ghaib di balik dinding.

"Aku yang harus bertahan. Panas ini tiada jalan keluarnya. Lagi pun segalanya masih ada" jawab si katak kepada dirinya sendiri. Lidah panjangnya asyik mengejar lalat habuan tembolok.

"Tenanglah katak. Bukan air tasik impianmu yang panas. Ia fenomena sejagat" suara ghaib itu terus datang. Menyumbat telinga, menyumbat mata, menyumbat hati… kerana sumbat menyumbat memang kerja al-Mala'.

MATI ATAU BUNUH DIRI?

Akhirnya katak kembung yang sepatutnya cekap melompat ke sana sini, MATI KATAK.

Mati dalam rebusan yang panas sedikit demi sedikit, selari dengan sangka baiknya yang sedikit demi sedikit percaya, bahawa ia fenomena sejagat.

Mati katak… mati atau bunuh diri?

Anda menjawabnya sendiri pada 5 Mei 2013 nanti.

Propaganda Kelompok al-Mala'


وَقَالَ الْمَلَأُ الَّذِينَ كَفَرُوا مِن قَوْمِهِ لَئِنِ اتَّبَعْتُمْ شُعَيْبًا إِنَّكُمْ إِذًا لَّخَاسِرُونَ

Dan berkatalah pula Ketua-ketua yang kafir dari kaum Nabi Syuaib (kepada orang ramai): "Sesungguhnya jika kamu mengikut Syuaib nescaya kamu dengan perbuatan yang demikian menjadilah orang-orang yang rugi".
Al-Quran tidak menggunakan istilah yang terikat dengan situasi domestik dan masa tertentu, untuk menggambarkan sesuatu yang berlaku sepanjang zaman. Oleh itu, golongan berpengaruh di dalam masyarakat, diistilahkan sebagai kelompok AL-MALA' (الملأ). 

Perkataan al-Mala' berasal daripada kata akar ma-la-a yang bermaksud menuang, memenuhkan, mengisi.

Ia bersesuaian dengan modus operandi golongan berpengaruh ini yang menggunakan sepenuh keupayaan yang mereka ada untuk mengisi penglihatan, pendengaran, pemikiran dan seterusnya kepercayaan masyarakat agar percaya dengan apa yang mereka mahu masyarakat percaya. Siang malam pagi dan petang, seluruh pancaindera rakyat dituang dengan propaganda mereka.

Dan seruannya juga malar segar (evergreen) iaitu, jika kamu meninggalkan kami dan membuat perubahan kepada seruan kebenaran, kamu akan rugi!

Ayat ini berkisar tentang cabaran yang kaum Shu'aib 'alayhi al-salām hadapi. Para Nabi dan Rasul serta kaum mereka yang lain juga menempuhnya.

Allah paparkan ia kepada kita, kerana di tahun 2013 juga, kita masih dan kekal memerlukan petunjuk ini

Jangan Bernostalgia Dengan Kenangan


Dalam membuat pendirian di dalam pilihanraya, kita tidak perlu bernostalgia, dibuai kenangan dan perasaan. Bukan sahaja kenangan-kenangan sejarah makan ubi kayu, pergi sekolah jalan kaki 10 batu, Jepun pancung kepala di simpang depan sekolah itu dan sebagainya, malah juga kenangan-kenangan peribadi calon itu zaman sama sekolah, sama usrah, sama universiti, kawan sepermainan, malah mungkin kawan seperjuangan, dalam kisah masam manis semalam.

Kenangan, perlu diteliti dengan prinsip dan analisis yang adil. Lahir daripadanya IBRAH. Kenangan yang diungkit-ungkit dengan perasaan, bermelankolik dengan emosi, hanya melahirkan nasionalisme - kebersamaan yang dibina dengan kenangan.

Hadapi realiti hari ini. Jangan mengugut pendirian dengan soal kenangan.

Segalanya di sini, menggigit memori!

Selamat maju jaya buat pejuang kebenaran!

Sorotan Tragedi Rampasan Kuasa Negeri Perak 2009

TRAGEDI RAMPASAN KUASA KERAJAAN PAKATAN RAKYAT DI NEGERI PERAK

Episod 1: http://youtu.be/qHsEj8Wcjh0
Episod 2: http://youtu.be/dXtVvR_TSlA
Episod 3: http://youtu.be/sBYgxnbs3hM
Episod 4: http://youtu.be/6TvuPm6I1v4
Episod 5: http://youtu.be/pwJKPgDN5Yc
Episod 6: http://youtu.be/Wam_IwP_OrM
Episod 7: http://youtu.be/C6LavP9-VMM
Episod 8: http://youtu.be/h4nUtTeJGCU
Episod 9: http://youtu.be/CcAqX2h6ulA
Episod 10: http://youtu.be/BTcHa-TgsAw

PENDEDAHAN BEKAS S/SU DUN PERAK

Bahagian 1: http://youtu.be/1Tzv5SBoRZ0
Bahagian 2: http://youtu.be/Hj8VVjWW5bQ
Bahagian 3: http://youtu.be/8P1LtxsqNsk
Bahagian 4: http://youtu.be/GkLR8jXdkcE
Bahagian 5: http://youtu.be/k23T8rlRpoQ

Besar jenayah BN Perak! Kalian akan dihukum pada 5 Mei ini Insha Allah.

Saturday, April 20, 2013

Keangkuhan Menolak Sikap Berpendirian

Gelombang PRU13 kali ini mengubah banyak perkara yang sejak sekian lama mencengkam sikap masyarakat kita. Artis yang hidup bergantung kepada populariti, mengambil risiko menyatakan pendirian politik (sama ada BN atau pun PR). Muslim menyokong non Muslim. Non Muslim menyokong Muslim. Melayu menyokong bukan Melayu. Bukan Melayu menyokong Melayu, semuanya ada. Malah DAP bersedia menggunakan logo PAS dan PKR, andai ROS menolak penggunaan logo DAP. Suasana ini amat kondusif untuk perubahan dan menuju politik baru.

Kengganan membuat pendirian dalam suasana hari ini, bukan lagi kerana takut, tetapi angkuh. Bersikap 'diri terlalu bagus' untuk berpihak kepada realiti yang ada.

Tinggal dua minggu untuk keangkuhan itu dilenturkan agar dapat membantu Malaysia, sebuah negara yang kita sama-sama kasihi ini.

Berpijaklah di bumi yang nyata. Tunaikan kewajipan berpendirian dan menyumbang undi.

Friday, April 19, 2013

PRU13: Calon PAS Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan


Allahumma ya Allah, sesungguhnya negeri Perak, negeri yang kami gelarkan ia dengan redha-Mu. Darul Ridzuan tempat lahirnya perjuangan Islam menentang penjajahan, Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol. Tapak juangnya Abu Bakar al-Bakir, Zulkifli Muhammad, Idris al-Marbawi, Haji Abdul Samad Noh, Haji Nawawi bin Haji Tahir (Pak Wi), Tuan Haji Muhammad Bin Haji Salleh serta hamba-hamba-Mu yang soleh dan memuliakan keadilan dan kebenaran.

Rahmati negeri kami ya Allah. Selamatkan negeri kami daripada bangsawan korporat yang tiada belas ehsan itu. Agar bangsa apa pun yang Engkau ciptakan sendiri di atas muka bumi ini, berteduhnya mereka di Perak Darul Ridzuan, aman dalam pelukan rahmat-Mu, ameen.

Seeru 'ala Barakatillah

The Awkwardness and The Otherness


I can't deny the awkward feeling I had when attending DAP's ceramah, and giving my support to DAP candidates since my return to kampung from overseas, due to my Malay, Islamic Studies and PAS background. Maybe many DAP supporters among the non Malays especially those in Pasir Pinji and Ipoh Timor would also feel the same now when DAP candidates are decided to contest using PAS logo because of what the ROS did recently.

But let us put aside the awkward feeling we experience. We have been living together in this beloved country for so many years, feeling awkward towards each other, suspicious due to "the otherness" planted within us.

It is time for us to make the change necessary, so that our children will have a better togetherness based on justice, mutual respect, learning from each other and working together to fight against corruptions.

"And sometimes it's the very otherness of a stranger, someone who doesn't belong to our ethnic or ideological or religious group, an otherness that can repel us initially, but which can jerk us out of our habitual selfishness, and give us intonations of that sacred otherness, which is God." ~ Karen Armstrong

For a better Malaysia, sīrū 'alā barakatillāh.

Thursday, April 18, 2013

Ulasan: Bangkrap Ekonomi Jangan Bangkrap Moraliti



Masalah ekonomi besar. Keselamatan negara, politik, juga besar. Saya tidak pandai ulas, sebab tidak cukup ilmu.

Tetapi kerisauan terbesar saya ialah krisis sosial.

Generasi muda sangat biadab, kurang ajar, mencarut secara terbuka, seks songsang dan lurus berleluasa, keyakinan diri lemah, nak berpendapat pun susah, cara berfikir caca merba, jenayah domestik, rompakan, ugut, samseng, 1001 masalah membabitkan aqidah, aqal, nyawa, zuriat keturunan dan harta... saya tidak tahu bagaimana hal ini boleh disembuhkan.

Dalam usaha mengekang perubahan, kita sering dimomokkan dengan ancaman hilangnya keamanan, berlaku kacau bilau dan peperangan.

"Mahu Malaysia jadi macam Palestin? Macam Syria? Macam Mesir?"

Itulah ugutannya. Seolah-olah Barisan Nasional itu sivil, manakala Pakatan Rakyat adalah pengganas.

Dan kerana itu, kita terlupa dengan peperangan halus yang menyelinap setiap saat ke pejabat, sekolah, rumah, hatta bilik tidur kita.

Peperangan zahir seperti di negara bergolak itu, hujungnya mungkin mati, syahid tidak syahid, Syurga dan Neraka. Dan jika tiada peperangan pun, mati, barzakh, Mahsyar dan Akhirat tetap perlu kita hadapi. Kita berdoa dan berusaha agar kita tidak diuji dengan ujian sebegini.

Akan tetapi peperangan yang halus, kita rosak binasa ketika ketawa dan senyum aman, ketika hakikatnya kita berdiri di bibir Jahannam.

Sebab itu, kita kena ubah, dan berusaha membina kerajaan baru yang berintegriti. Kerajaan BN itu kerajaan korporat, bukan lagi kerajaan guru, aktivis mayarakat dan negarawan. Sebab itu isu sosial, tidak diendahkan.

Itu sudah sangat merosakkan.

UBAH



"Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali." [Q11:88]

Jangan Gagal Walaupun Satu

Semasa melalui proses Tarbiah diri, kita kena pastikan kita lulus SETIAP ujian yang mendatang. Tidak boleh gagal walaupun satu. Akan sampai masanya dalam hidup ini, subjek yang kita gagal itu akan diuji dengan UJIAN BESAR yang kalahnya bukan lagi mudarat peribadi dan lulusnya juga bukan lagi kepentingan peribadi.

Ujian mencari ilmu
Ujian berfikir
Ujian menyertai usaha dakwah kerana manusia atau prinsip
Ujian kesesusahan harta
Ujian kesenangan harta
Ujian kegembiraan
Ujian kesedihan
Ujian kesibukan
Ujian kerajinan
Ujian kemalasan
Ujian kebosanan dan kejemuan
Ujian kawan-kawan
Ujian keluarga
Ujian kemasyhuran
Ujian dilupakan
Ujian berjaya betul
Ujian apabila tersalah
Ujian lemah keyakinan diri
Ujian ego dan membesarkan diri
Ujian bujang
Ujian kahwin
Ujian cerai talaq
Ujian cerai mati
Ujian dapat anak
Ujian anak nakal
Ujian anak jahat
Ujian anak mati

Bekalan untuk lulus dalam ujian-ujian di atas adalah ilmu yang benar, hati yang ikhlas.

"Mā fī qalbī ghayruLlāh!"

Jangan gagal walaupun satu daripada ujian-ujian di atas, kerana ujian sebenar, akan tiba untuk benar-benar menguji sebuah ISTIQAMAH

Matikan kami ya Allah, dalam husn al-Khatimah.

Amankan kami di alam barzakh.

Syafaatkan kami di Mahsyar.

Masukkan kami ke Jannah ya Allah.

Ameen...



"Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali." [Q11:88]

Wednesday, April 17, 2013

Cara Membantu Calon 'Baik' Dalam Barisan Nasional


Apabila ada orang yang baik-baik berijtihad untuk bertanding di dalam Barisan Nasional, jangan nafikan kebaikannya. Dia ada sisi pandang yang menyebabkan beliau bertindak begitu. Namun, ingatlah kepada hadith Nabi sallallaahu alayhi wa sallam:
عن أنس رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: انصر أخاك ظالماً أو مظلوماً، فقال: رجل يا رسول الله صلى الله عليه وسلم أنصره إذ كان مظلوماً، أفرأيت إذا كان ظالماً كيف أنصره؟! قال: تحجزه أو تمنعه من الظلم، فإن ذلك نصره. 

Maksudnya:

Daripada Anas r.a. telah meriwayatkan: Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam telah bersabda: “Bantulah saudaramu yang zalim dan orang yang dizalimi”. Maka telah bertanya seorang lelaki kepada baginda sallallaahu alayhi wa sallam. : Wahai Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam, aku akan membantunya jika dia seorang yang dizalimi maka adakah pada pandangan engkau jika dia seorang yang zalim, bagaimanakah aku akan membantunya? Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam menjawab dengan sabdanya: “ engkau menahannya atau menghalangnya daripada kezaliman maka sesungguhnya itu adalah bantuan kepadanya”. (Riwayat Bukhari)

Bantulah saudaramu itu, dengan mengalahkan ia. Secara yang paling berhemah.

Demi sebuah ukhuwwah.


"Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali." [Q11:88]

Tuesday, April 16, 2013

Agar Pilihanraya Menjadi Urusan Urus Tadbir

Semoga selepas selesai PRU13, pilihanraya-pilihanraya yang seterusnya adalah di antara yang kurang baik dengan yang baik, atau yang baik dengan yang lebih baik.

Bukan lagi antara kezaliman vs keadilan, kemungkaran vs kebaikan, kebatilan vs kebenaran.

Barulah Malaysia boleh melangkah ke arah negara yang benar-benar maju dan diredhai Allah

UBAH!
"Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali." [Q11:88]

Monday, April 15, 2013

The Ignorant Leaders


"We seek refuge in God Alone from the dissension of the profligate scholars and the intrigue of the ignorant leaders" - Sufyan al-Thawri.
__________________

Abu Haiyan al-Tawhidi, al-Imta' wa'l-mu'anasah, ii, 123

"Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali." [Q11:88]

Sunday, April 14, 2013

Kanser Moral Kesan Politik Bebal


Politik di negara kita memang banyak isu. Besar-besar belaka. Hingga ada yang membabitkan mahkamah antarabangsa. Tetapi isu skandal seks agak berbeza. Apabila ia mula dimain-mainkan di media semenjak era heret tilam ke mahkamah pada akhir 1990'an, membawa kepada video seks pemimpin PAS, saya rasa seperti saya menjadi mangsa rogol, 'intellectually'!

Tolak ketepi semua isu lain, saya seru agar Barisan Nasional ditumbangkan, agar selepas ini, isu seks menjadi tajuk bilik tidur, dan bilik perbicaraan mahkamah, SAHAJA.

Selamatkan rakyat Malaysia daripada mindanya dirogol!

UBAH!



"Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali." [Q11:88]

Thursday, April 11, 2013

Kempen Pilihanraya di Turki


Tajuk: Türkiye'de Seçim Kampanyaları
Penulis: Ömer Çaha & Michelangelo Guida 
ISBN: 9789944769655
Penerbit: Orion Kitabevi 

Di dalam buku ini, ada dibentangkan beberapa rumusan tentang kempen pilihanraya oleh AKP sebagai parti yang sukses dalam politik Turki semasa. Antara yang ditekankan adalah:

  1. Kekuatan jentera AKP yang merupakan satu-satunya parti mempunyai tenaga di seluruh peringkat lapisan masyarakat hingga ke kawasan-kawasan yang terpencil di seluruh negara.
  2. Kekuatan database berkenaan pengundi di kawasan masing-masing, mengetahui secara terpeinci hal-hal mikro, dan maklumat daripada database itu digunakan oleh jentera AKP semaksima mungkin.
  3. Penyertaan sosial yang optimum. Selain duduk bersama berbual di kedai kopi, menyapa anggota masyarakat di jalanan, di majlis kenduri, perkahwinan, kematian dan sebarang peluang berbual yang ada. Anak sebuah keluarga hendak meninggalkan keluarga kerana masuk ke perkhidmatan tentera, jentera AKP hadir ke rumah dan menyertai keluarga anak muda itu menghantarnya pergi.
  4. Ketiga-tiga langkah di atas memberikan impak yang sangat tinggi, jauh lebih tinggi daripada kesan yang dihasilkan melalui kempen di media-media baru.
  5. Manakala bagi masyarakat urban, AKP menjauhkan diri daripada banyak membicarakan tentang ideologi (fikrah), sebaliknya banyak menumpukan perhatian kepada mengenengahkan fakta-fakta prestasi mereka, khususnya yang membabitkan ekonomi. Ini menjauhkan AKP daripada konotasi silamnya yang dikaitkan dengan Refah serta Fazilet.

Ini merupakan sebahagian daripada yang dapat saya cungkil daripada buku ini. Mungkin bermanfaat untuk usaha kita bersama. Semoga kita semua berusaha dengan lebih bersungguh untuk turun berjuang membantu kemenangan Pakatan Rakyat, dengan perkongsian bijak rakan seperjuangan di negara-negara lain, ameen.

"Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali." [Q11:88]

Wednesday, April 10, 2013

YOUTUBE: Jangan Bina Hidup Atas Kuasa Politik



Bagi kita, perubahan yang ingin dilakukan adalah peralihan kuasa kepada pihak yang diyakini lebih baik. Tetapi bagi mereka, perubahan ini merupakan perubahan yang akan mengubah kehidupan mereka. Selama ini mereka membina kehidupan di atas kuasa politik itu.

"Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali." [Q11:88]

Sunday, April 7, 2013

Simptom Pemerintahan Otokratik

Suasana politik di Malaysia perlu dibentuk ke arah menjadikan pilihan oleh seorang pengundi kepada parti yang disebut pembangkang, dianggap sebagai pilihan yang demokratik, dan tidak dimomok sebagai pengkhianat, perosak, tidak bersyukur dan lain-lain. 

Sebuah negara yang matang politiknya, adalah negara yang rakyatnya bebas menukar parti pemerintah berdasarkan integriti + kompetensi = prestasi.

"Pembangkang pengkhianat", slogan 'sifar pembangkang", adalah terbitan nafsu otokratik, diktator dan monopoli.

Ubah

"Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali." [Q11:88]